Dilea - Open Tuition Sains Tingkatan 2

16 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

15 Januari 2026 – Seramai 1 peserta di NADI Linggi yang telah menghadirkan diri bagi sesi Open Tuition Sains Tingkatan 2.

Webinar ini merupakan satu inisiatif pembelajaran terbuka yang bertujuan membantu pelajar memahami mata pelajaran Sains dengan lebih berkesan dan menyeronokkan. Webinar ini direka khas selaras dengan silibus Sains Tingkatan 2 dan menekankan pendekatan pembelajaran digital yang fleksibel, interaktif serta mudah diakses oleh semua pelajar.
Melalui DILEA, pelajar didedahkan kepada pelbagai bahan pembelajaran seperti nota digital, video pengajaran, latihan interaktif dan perbincangan secara dalam talian. Kaedah ini membantu pelajar memahami konsep sains yang abstrak seperti ekosistem, sistem tubuh manusia, tenaga dan daya dengan lebih jelas. Selain itu, penggunaan teknologi dalam pembelajaran dapat meningkatkan minat pelajar serta menggalakkan pembelajaran kendiri.
Webinar Open Tuition ini, pelajar dapat belajar mengikut tahap kefahaman masing-masing tanpa tekanan suasana bilik darjah.
Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali